Belajar membaca merupakan suatu permulaan bagi seorang
kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan untuk menuntut ilmu. Peringkat
awal kanak-kanak biasanya didedahkan dengan kaedah Behavioristic. Kaedah
Behavioristic ialah kaedah bacaan yang bersifat menghafal. Mereka diajar
menghafal huruf A hingga Z. Hal ini penting supaya kanak-kanak mampu mengetahui
huruf serta membunyikannya dengan intonasi yang tepat. Kaedah atau cara yang sesuai
untuk mengajar kanak-kanak belajar membaca perlu dilakukan bagi memastikan
mereka tidak menghadapi kesukaran dalam kemahiran membaca pada peringkat
permulaan dan seterusnya tidak ketinggalan pada masa pembelajaran nanti.
1 Kaedah
Fonetik
Antara
kaedah yang boleh dilakukan ialah melalui kaedah fonetik. Kaedah ini ialah
membaca dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik dan amat sesuai diajarkan
kepada kanak-kanak. Kaedah ini juga telah dibuktikan secara saintifik sebagai
kaedah otak manusia membaca. Otak manusia membaca dengan membunyikan huruf-hruf
yang dilihat kepada bunyi-bunyi lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat
bagi menyebut atau membunyikan huruf tersebut. Langkah utama kaedah ini ialah
kanak-kanak perlu tahu bunyi huruf dari segi bentuk, rupa dan cara tulis huruf
tersebut, dan seterusnya mereka dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan
bunyi yang berkaitan. Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak menyebut perkataan
dengan betul.
2 Kaedah
Abjad
Selain
itu, Kaedah Abjad juga boleh digunakan mengajar kanak-kanak membaca. Kaedah ini
juga dikenali sebagai kedah huruf dan merupakan keadah yang tertua pernah
dilakukan semenjak Kerajaan Greek dan Rom. Kamaruddun Hj. Hussin (1998:257)
menyatakan bahawa kaedah ini memperkenalkan nama-nama huruf dan bunyi-bunyi
huruf. Belajar kaedah ini sebenarnya tertumpu kepada penghafalan abjad,
pembentukan suku kata, dan aktiviti mengeja. Menghafal abjad dalam konteks ini
bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dan pengejaan murid pada
peringkat seterusnya.
3 Kaedah
Pandang Sebut
Kaedah
Pandang Sebut juga merupakan salah cara belajar membaca yang berkesan. Kaedah
ini digunakan oleh guru dalam mengajar murid untuk membaca dengan cara murid
tersebut melihat dan menyebut sesutu bahan bacaan. Menurut Azwan Wan Chik
(1993:184), kaedah ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid dalam membaca
kerana wadah ini memperkenalkan perkataan kepada murid dan bukannya huruf atau
suku kata.
Kaedah
SQ3R turut digunakan dalam belajar membaca. Hal ini penting untuk memastikan
bahan bacaan yang dibaca sentiasa diingati. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh
Francis P.Robinson pada tahun 1941 dan kini menjadi antara kaedah membaca yang
popular. Terdapat lima langkah dalam kaedah ini, antaranya ialah Survey,
Question, Read, Recite, dan Review. Sebelum membaca, pembaca perlu teliti
mengenai survey bacaan untuk mendapatkan gagasan umum tentang apa yang akan di
baca nanti. Pada peringkat ini, pembacaan dilakukan dalam beberapa minit
tetapi secara sistematik dan mencari idea-idea penting. Pembacaan peringkat
survey boleh dilakukan dengan memerhatikan tajuk buku, nama penulis, dan tahun
penerbitannya bagi memudahkan pembacaan seterusnya.
Peringkat kedua ialah Question, iaitu persoalan demi persoalan mengenai
perkara yang ingin dicari akan timbul semasa pembaca berada di peringkat survey
malah akan menimbulkan persoalan yang lebih mendalam. Hal ini menyebabkan
pembaca akan membaca dengan lebih aktif dan lebih mudah memahami bahan bacaan
tersebut (Adenan Ayob & Abdullah Yusof, 2010) Peringkat
yang seterusnya ialah Read, iaitu pembacaan yang dilakukan secara kritis dan
mengikuti urutan-urutannya. Pada peringkat ini pembaca disarankan untuk mencari
jawapan bagi persoalan-persoalan yang timbul dalam bahan bacaan tersebut.
Peringkat keempat ialah Recite iaitu pembaca perlu membuat catatan dan
sekiranya pembacaan tersebut masih tidak jelas, pembaca tersebut perlu membaca
semula bacaan tersebut. Peringkat terakhir ialah Review, iaitu pembaca
disarankan untuk mengulangi pembacaan terhadap topik-topik atau idea-idea
penting untuk memastikan pembacaan tersebut diingati. Menurut Adenan Ayob &
Abdullah Yusof (2010) pada tahap ini, proses pembacaan akan menjadi lebih baik
dan lebih memahami bahan bacaan tersebut.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment