oki setiana-wanita bidadari syurga

Tuesday, May 20, 2014

DEFINISI MEMBACA


Membaca merupakan satu proses dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga ditakrifkan sebagai proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca (Anderson & pearson, 1984). Menurut kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan ‘membaca’ membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandungannya.
                 Robert Lado (1964), menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisnya manakala Steinbeg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkan kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapat makna bagi bentuk tulisan tersebut.
                 Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2008), perkataan "membaca" membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Menurut Klein dalam Farida Rahim (2005), membaca dapat didefinisikan sebagai suatu proses. Maksudnya di sini ialah membaca merupakan informasi yang diperoleh dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca yang mempunyai peranan utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan Sipay (1980), mereka menyifatkan membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita bagi mendapatkan sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contoh, surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca. Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan mereka. Bagi memahami konsep membaca ini dengan lebih jelas lagi, kita harus meninjau dua perspektif dahulu  iaitu membaca sebagai proses membentuk makna dan membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan.
                 Seterusnya, membaca boleh ditinjau dalam dua perspektif iaitu membaca sebagai proses pembentukan makna dan  membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan. Dalam memahami konsep ini, seseorang itu  tidak dikatakan membaca jika tidak memahami makna perkataan bahan yang dibaca. Sehubungan itu, dalam memahami makna perkataan ia sememangnya mempunyai kaitan dengan latar belakang dan pengalaman seseorang. Hal ini kerana, pengetahuan sedia ada yang banyak dapat melancarkan proses membaca bahkan memudahkan seseorang untuk  memahami sesuatu makna bahan bacaan yang dibaca.  

Angelita D. Romero dan Rene C. Romero.2008. Developmental Reading: A Skill Text for College Students. Quezon City: Rex Book Store.

Thomas Sylvester Charles Farrell.2009. Teaching Reading to English Language Learners: A Reflective Guide. California: Corwin Press.

Catherine Snow.2002. Reading for Understanding: Toward an R&D Program in Reading Comprehension. Santa Monica: RAND.

Randi Stone.2009. Best Practices for Teaching Reading: What Award-Winning Classroom Teachers Do. California: Corwin Press.

Rhona Stainthorp dan Diana Hughes.1999. Learning from Children Who Read at an Early Age. London: Routledge.

No comments:

Post a Comment