1. Teori kecekapan verbal
Perfetti(1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran
membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan
meluaskan melangkaui proses mentafsir kod. Selain daripada ciri automatik dalam
menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora,
membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan
dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini
setiap pembaca mempunyai profil sendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal.
Seseorang pembaca akan bertambah efisien dalam kecekapan verbal, bermakna lebih
banyak perhatian dan sumber rujukan. Selain daripada itu juga, teori ini berdasarkan
kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian yang merujuk kepada perhatian dan
sumber ingatan yang terhad dalam diri pembaca (Benjafield,1997). Teori ini juga
membincangkan sejauh mana sesuatu kod komponen berhubung dengan pemahaman.
Pembaca yang cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya.
Bagi pembaca yang tidak cekap dalam membaca juga adalah disebabkan oleh skemata
yang terhad. Bagi pembaca yang kurang pengetahuan apabila berkaitan dengan teks
yang dibaca juga akan menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.
2. Teori memindahkan maklumat
Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough
(1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara
meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka
mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan
demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan
tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya.
Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka
melakukan proses pemindahan maklumat tersebut. Beberapa aspek utama dapat
dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan,
motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan
kepada bagaimana pelajar memproses maklumat. Maklumat yang baru disimpan dalam
ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka
panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di
ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran
yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks.
3. Teori membaca secara automatik
La Berger dan Samuel (1974) mengatakan teori membaca adalah secara automatik.
Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca
secara automatik. Di samping itu, cara ini juga menganggap wujudnya perbezaan
antara proses bersifat automatik dan proses kawalan membaca. Sub komponen dalam
kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan
dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini
diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Bukan itu sahaja, ia
juga mengamalkan hubungan yang positif dijalankan antara kemahiran pemahaman
membaca teks secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih
faham. Oleh itu, ketika membaca pembaca perlulah menekankan pengawalan
eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.
Berdasarkan Teori Membaca
di atas, di sini terdapat juga Model teori membaca yang lahir dari perspekif
bagaimana makna diangkat dari bacaan. Inti proses membaca adalah seseorang
berusaha memahami isi pesan penulis yang tertuang dalam bacaan.
Pemeroleh makna diperoleh daripada pelbagai sudut. Dari sudut itulah
pandangan para ahli dapat dibezakan. Ada tiga pandangan tentang bagaimana makna
diperoleh yang melahirkan tiga model teori membaca. Tiga model teori itu antara
lain:
Model Bottom-up
Model
Top-Down
MODEL INTERAKTIF
MODEL TRANSACTIONAL
Keith E. Stanovich.2000. Progress
in Understanding Reading: Scientific Foundations and New Frontiers. New York:
The Guilford Press.
Danielle S. McNamara.2007. Reading
Comprehension Strategies: Theories, Interventions, and Technologies.
New Jersey:
Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
Margaret G. McKeown dan Linda
Kucan.2010. Bringing Reading Research to Life. New York: The Guilford
Press.
Rudolf Ahlswede.2006. General
Theory of Information Transfer and Combinators. New York: Springer-Verlag
Berlin Heidelberg.
Guangze Li.2010. Phonological
Processing Abilities and Reading Competence: Theory and Evidence. Switzerland:
Peter Lang AG.
No comments:
Post a Comment