Masalah
dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun demikian masalah ini tidak boleh
dipinggir begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh andainya
mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Oleh itu, kami akan membincangkan punca
berlakunya masalah ini yang dipengaruhi oleh beberapa faktor.
1 Faktor
fizikal.
a. Penglihatan
Masalah
penglihatan yang dihadapi berkemungkinan akan menyebabkan kesukaran untuk
mencerap imej huruf yang dipaparkan dalam bentuk bertulis. Ketidakupayaan
membaca mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
- Juling – memfokuskan
kedua-dua mata ke arah yang sama sehingga imej suatu benda kelihatan tidak
sama saiz dan bentuknya.
- Rabun – tidak dapat
melihat pada jarak yang jauh untuk rabun dekat, manakala ketidakupayaan
melihat jarak dekat untuk rabun jauh.
- Amblyopiks – satu
keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.
b. Persepsi penglihatan
· Perkataan seolah-olah satu percampuran huruf
yang tidak bermakna seperti muzik menjadi mzuki. Huruf atau perkataan menjadi terbalik seperti b
menjadi d atau bas menjadi das. Perkataan kelihatan seperti imej cermin.
c. Pendengaran (Auditori)
Masalah
pendengaran yang teruk akan menganggu proses belajar membaca. Walau
bagaimanapun, pelajar yang mengalami masalah pendengaran yang ringan masih
boleh dibantu dengan mempelajari teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan
kata. Masalah pendengaran juga menyebabkan berlakunya masalah untuk membezakan
bunyi vokal dan konsonan.
2 Faktor
Neurologikal.
Bahagian
neurologi boleh memberi kesan kepada kebolehan membaca. Kecederaan otak mungkin
terjadi sejak lahir ataupun disebabkan oleh kecederaan, penyakit atau kesan
bahan toksik yang tercemar pada bahagian otak. Keadaan ini boleh menyebabkan
wujudnya simptom Hyperlexia yang merujuk kepada masalah lambat perkembangan
bahasa dan akal yang seterusnya menyebabkan masalah ketidakupayaan membaca dan
pembelajaran yang serius.
3 Faktor
keturunan.
Faktor
keturunan amat kuat dalam mempengaruhi kemampuan untuk belajar contoh seperti
kanak-kanak kembar. Kajian telah mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan
latar belakang keluarga yang menunjukkan pelajar yang berasal daripada keluarga
yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaaca berbanding pelajar
yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca. Hal ini kerana persekitaran
membaca dalam keluarga akan juga mempengaruhi minat anak-anak untuk
mengaplikasikannya.
4 Faktor
emosi.
Masalah
emosi pelajar boleh mengganggu proses pembacaan seterusnya pencapaian mereka
dalam pembelajaran. Kegagalan memahami proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah akan menambah lagi kesan emosi dalam diri mereka sehingga menjadikan
mereka kurang bermotivasi, malas, rendah diri dan sebagainya.
5 Faktor
sosioekonomi.
Status
sosioekonomi (SES) kerap menjadi salah satu pemboleh ubah dalam kajian yang
berkaitan pencapaian pelajar dalam membaca. Kanak-kanak daripada SES rendah
biasanya mempunyai pencapaian yang rendah berbanding kanak-kanak daripada SES
tinggi. Selain itu, keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam membaca.
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment