1 PENDEKATAN
CERAKINAN
1)
Pendekatan ini dikenali juga pendekatan analisis.
2)
Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yangbesar, kemudian unsur
itu dicerakinkan kepada unsur-unsuryang kecil yang membentukkan struktur yang
besar tersebut.
3
Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkanayat kepada murid-murid
kemudian ayat itu dicerakinkankepada perkataan-perkataan, daripada perkataan
dipecahkankepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. Huruf-huruf sukukata
perkataan.
2 PENDEKATAN
EKLEKTIC
1)Pendekatan
ini juga dikenali pendekatan campuran.
2)Ia
mengabungkan kedua-dua pendekatan iaitu pendekatanbinaan dan juga pendekatan
cerakinan.
3)Pendekatan
elektik mengambil ciri-ciri yang terbaik daripada kedua-duanya,disesuaikan
dengan keadaan murid-murid, situasi bilikdarjah, bahan pengajaran dan
sebagainya.
4)Pendekatan
ini mestilah dijalankan secara sistematik dandirancangkan sebaik-sebaiknya.
5)Ia
juga mestilah mempertimbangkan sifat-sifat ejaan bahasa Malaysia
yangfonemik, struktur suku kata, tatabahasa, sistem sebutandan sebagainya agar
pengajaran dapat meninggalkan kesan yang sebaik-baiknya kepada murid-murid.
3 PENDEKATAN
BINAAN
1)Pendekatan
ini juga dikenali sebagai pendekatan sintesis. Pendekatan ini menghasilkan
kaedah abjad.Kemahiran menulis diterapkan sebelum diajar untuk membaca dengan
mudah.Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam
menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka
boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
2)Sebagai
contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa
bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa
bulat, zig-zag dan sebagainya.Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot
halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
3)Setelah
mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru
akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu
suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk
dan sebagainya.Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara
mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya. contohnya:
Untuk
mengajar perkataan “ botol ”, murid-muriddiperkenalkan dahulu dengan
huruf-huruf“b”, “o”, “t”, “o” dan “l” dan daripadanya dibentuksuku kata “bo”
dan “tol”, kemudiandigabungkan menjadi “botol”.
Zulkifley Hamid.2006. Aplikasi Psikolinguistik: dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa. Bangi: UKM
Yahya Othman.2006. Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi, Edisi
ke-2. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid.1992. Perkaedahan
Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Kamaruddin Hj. Husin.1986. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa. Bangi: UKM.
Koh Boh Boon.1989. Perspektif-perspektif dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Abd Aziz Abd Talib.2000. Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah
dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
No comments:
Post a Comment